Monday, 16 May 2011

Assalamualaikum,

Selamat malam saya ucapkan,

Diari :

Sempena hari guru yang diadakan pada hari ini, saya mengambil kesemua nilai-nilai kemanusiaan dalam hidup ini, setiap insan tidak akan memperoleh kejayaan secara cemerlang, gemilang dan terbilang tanpa wujudnya suatu perkara iaitu sikap bekerjasama... .
Tidak inafikan lagi bahawa sikap inilah yang akan menjana kecemerlangan dalam struktur kehidupan secara bersosial.

Tuntasnya, sikap ini dapat memberikan suntikan inspirasi dalam kebahgiaan setiap insan, keluarga, masyarakat dan bangsa serta negara. Sekian daripada saya, saya mengucapkan terima kasih.

Sunday, 15 May 2011

SEMPENA HARI GURU :


Sinar menerangi alam,
Sinar menginspirasi minda,
Sinar prntis revolusi dlm trsformasi,
Sinar adlh pmbimbg,

Ketahuilah sematkan dlm jiwa,
Insan yg progsif dlm pmbngunn suatu ketamadunan masy, komplikasi dlm kesulitan dicanang dgn kbstarianny... pghrgaan wjr dzhirkn utkny dgn sjuta prstsi cemerlang dlm prilaku unggul terbilang utk diri & mereka... sematkan falsafah segala trfrmasi wjr dkombinasi brsma pnngkatan sejuta ilmu di kmr snubri...

Tuesday, 10 May 2011

Tatapan Kamar Hati

Dikala hujan membasahi bumi,
Mindaku menerawang jauh,
Yang menembusi igauan hari,
Suatu tusukan membawa memori dalam dinihari,

Percintaan,
Tiada dalam kamus hidupku,
Ungkapan ini dikombinasikan pilu dan alpa,
Kegagalan cinta punah kegusaran,
Implikasi kiasan ke lembah lara,

Kamar sanubari,
Mengisi ruang pahitku,
Kutidak bisa menginterpretasi luahan dalaman,
Dalam manifestasi cinta lampauku,
Luka dalam  pemusnah kematangan,

Kian berlalu detik memori,
Tiada apa kucatan dalam memoir,
Hanya jiwa penyimpan cintaku,
Sebagai kiasan penyuntik naluri diri,

Kini,
Cinta erti revolusiku,
Pemangkin falsafah rohaniah masa muka,
Abadi cinta,
Kian kurundumkan negatifku,

Dinihari diri ini penuntut,
Yang menggapai hasrat sanubari,
senantisa kutingkatkan improviasasi diri,
Untuk mentransformasikan kecemerlangan kendiri,
Dalam pelbagai aspek,
Demi benteng melayari hidup ini,
Kian mencabar,
Dalam liku luar jangkau diri.

Monday, 9 May 2011

Meniti Masa Hadapan



Dikala hujan membasahi bumi,
Mindaku menerawang jauh,
Yang menembusi igauan hari,
Kian meniti masa muka,

Ilmu,
Perintis mengorak kejayaan,
Benteng abadi sepanjang hayat,
Merungkaikan insaniah bestari,

Dinihari,
Tekad dan iltizam tersemat di kalbu,
Demi keutuhan ukhuwah,
Kian kuimprovisasi kelemahan diri,
Untuk mengejar sejuta kecemerlangan,
Dalam melayari bahtera hidup,
Luar jangkau diri,

Dunia yang fana,
Meniti intelektual bernas,
Menagih variasi inovasi,
Pencetus inspirasi kendiri,

Dewasa ini,
Cetuskan fenomena luhur dan bebas,
Martabat ideologi padu,
Bersama nasional dalam minda,
Menjadi inti hidupnya,
Pemangkin falsafah berwibawa,

Ketahuilah,
Revolusi abad ini,
Kian pupus erti kejahilan,
Persaingan pertarungan minda,
Kian mencabar bersama impaknya,
Dalam sikap proaktif diri,
Mendepani era globalisasi,

Renungilah sejenak,
Dalam kamar sanubari,
Hisablah taraf ilmunya,
Secara rohaniah,
Untuk tatapan menjangkau transformasi,
Bekallah diri dengan sejuta ilmu,
Sebagai alat dalam kehidupan.